Wednesday, August 12, 2009

Kaitan cinta Dalam Hidup

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan org yg salah sebelum menemui insan yg betol supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut

Apabila salah satu pintu kebahagian tertutup, yg lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yg telahpun dibukakan untuk kita

Kawan yg paling baik ialah seseorg yg anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa2 pun dah kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yg paling hebat yg pernah di alami

Memang benar yg kita akan tahu apa yg telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dah juga benar bahawa kita tidak tahu apa yg kita rinduikan sehinggalah 'ia' datang

Memberi seseorg seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yg mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak terus mekar di dalam hati anda. ia cuma mangambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorg, satu jam untuk menyukai seseorg, satu hari untuk menyintai seseorg tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup umtuk melupakan seseorg

Jangan pandang pada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorg yg membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Carilah yg membuatkan hati anda tersenyum

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorg sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar

Mimpilah apa yg ingin anda mimpikan, pergilah ke mana2 yg ingin anda tujui dah jadilah apa yg anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yg ingin anda lakukan

Semoga anda memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yg cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yg cukup untuk memastikan anda adalah seorg insane dan harapan yg cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorg. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan org lain juga.

kebahagiaan seseorg manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang di dalam perjalanan hidup mereka

kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yg telah mencari dan mereka yg telah mencuba. Hanya meraka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup meraka

cinta bermula dengan senyuman, mekar dgn ciuman dah berakhir dengan tangisan. masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam

Semasa and dilahirkan, anda menangis dah org disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup supaya apabila anda mati nanti, andalah yg akan tersenyum dah org sekeliling anda pula yg akan menangis.


2 comments: